Misi / Visi / Falsafah / Objektif




VISI
Pusat kokurikulum dapat menyediakan prasarana pendidikan luar yang lengkap untuk semua warga pendidikan dan agensi-agensi luar yang dibenarkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI
Memberi peluang semaksima mungkin kepada pelajar dan individu untuk menikmati, menghayati dan menghargai keindahan alam sekitar dengan menjalani aktiviti-aktiviti luar dalam suasana perhubungan sosial yang erat antara kaum menjurus ke arah Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 FALSAFAH
Melaksanakan aktiviti-aktiviti terancang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah untuk memberi pengalaman pembelajaran melalui kegiatan-kegiatan sebenar di samping mengutamakan konsep peningkatan pengetahuan, kemahiran, disiplin, keyakinan diri dan pengukuhan nilai-nilai murni yang membawa ke arah kecemerlangan individu. 


OBJEKTIF PENUBUHAN PUSAT KOKURIKULUM
Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan Wawasan 2020 maka objektif Pusat Kokurikulum adalah seperti berikut :
a)Menjadi pusat membina semangat dan motivasi untuk mendidik guru dan anggota kumpulan sokongan perkhidmatan pendidikan.
b)Menerapkan nilai positif dan meningkatkan disiplin kendiri melalui program dan aktiviti yang dikelolakan.
c)Menggalakkan dan mempertingkatkan kesedaran warga pendidik terhadap aktiviti eko–pelancongan tempatan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan di samping memulihara keindahan dan kebersihan alam sekitar.
d)Memberi peluang kepada lebih ramai pelajar terlibat dalam aktiviti di pusat kokurikulum,
e)Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari di dalam kelas,
f) Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat dan potensi diri,
g)Memantapkan disiplin dan sahsiah diri pelajar,
h)Menyediakan kemudahan untuk program latihan bagi meningkatkan kecekapan dan kemahiran jurulatih,
i)Mengamalkan sistem pengurusan yang berkualiti berdasarkan kepada pekeliling kemajuan pentadbiran awam dan perintah-perintah am dan arahan pentadbiran yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia,
j)Menyediakan hubungan dan kerjasama yang erat antara jabatan pelajaran dengan agensi luar.

1 comment: