Logo

Simbolik Logo Pusat Kokurikulum Negeri

a) Bentuk
  1. Bentuk tali yang melingkari dengan mempunyai ikatan adalah melambangkan kekuatan antara ahli di mana wujudnya semangat kekitaan.
  2. Peta W.P. Labuan berwarna putih, biru dan merah melambangkan keikhlasan, kesungguhan dan hasrat murni Jabatan Pendidikan W.P. Labuan untuk menjana kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia.
  3.  Bentuk biru kecil di sebalik warna merah menunjukkan aktiviti Karabina iaitu menandakan aktiviti yang berisiko tinggi.
  4.  Bentuk kecil di sebalik warna biru adalah menunjukkan aktiviti Perkhemahan di mana ia juga merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan di Pusat Kokurikulum. 
  5. Laut yang ditunjukkan adalah juga merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan iaitu melibatkan rakit, renang dan banyak lagi.
b) Warna

  1. Merah lambang keberanian, ketegasan dan kecekalan dalam menghadapi segala cabaran dan persaingan global. 
  1. Kuning lambang negara Malaysia dan Kedaulatan Perlembagaan dan Rajanya.
  1. Biru lambang keteguhan perpaduan, dinamik dan progresif.
  1. Putih lambang keikhlasan, kesungguhan dan hasrat murni Jabatan Pelajaran W.P. Labuan.

No comments:

Post a Comment