Secara amnya, operasi Pusat Kokurikulum Negeri di Wilayah Persekutuan Labuan lebih
memfokuskan kepada aktiviti pendidikan luar. Oleh itu, untuk memastikan setiap
program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya, kerjasama
berpasukan telah dibahagikan kepada lima unit utama iaitu kewangan,
pentadbiran, pengurusan dan infrastruktur, logistik dan juga kejurulatihan.
Proses aliran kerja setiap unit dapat dilihat melalui susun atur gerak kerja setiap
kakitangan Pusat Kokurikulum Negeri bagi memastikan segala operasi unit ini
berjalan dengan lancar dan menepati masa yang telah dijangkakan.
Fungsi
setiap unit juga amat jelas bagi melaksanakan tugasan yang telah menjadi amanah
kepada kakitangan Pusat Kokurikulum Negeri. Fungsi setiap unit ini membawa kepada pembentukan kerja yang
sistematik di samping pelaksanaan tugas dengan baik yang telah diamanahkan.
Strategi yang terdapat di Pusat Kokurikulum dapat membantu dalam mencapai
matlamat Pusat Kokurikulum iaitu sekaligus mempergiatkan program aktiviti
pendidikan luar di negeri-negeri lain. Malahan, setiap strategi yang dilakukan
membawa kepada pelaksanaan matlamat Pusat Kokurikulum Negeri agar ianya selari
dengan moto yang diaplikasikan di unit ini iaitu moto ‘Rela Dipimpin Untuk
Memimpin’. Hal ini sekaligus dapat mendidik peserta yang terlibat dengan
program kepimpinan yang dijalankan di unit ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya.