Wednesday 4 April 2012

Pusat Kokurikulum Wilayah Persekutuan Labuan (PUSKOWILA)


Secara amnya, operasi Pusat Kokurikulum Negeri di Wilayah Persekutuan Labuan lebih memfokuskan kepada aktiviti pendidikan luar. Oleh itu, untuk memastikan setiap program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya, kerjasama berpasukan telah dibahagikan kepada lima unit utama iaitu kewangan, pentadbiran, pengurusan dan infrastruktur, logistik dan juga kejurulatihan. Proses aliran kerja setiap unit dapat dilihat melalui susun atur gerak kerja setiap kakitangan Pusat Kokurikulum Negeri bagi memastikan segala operasi unit ini berjalan dengan lancar dan menepati masa yang telah dijangkakan.
          Fungsi setiap unit juga amat jelas bagi melaksanakan tugasan yang telah menjadi amanah kepada kakitangan Pusat Kokurikulum Negeri. Fungsi setiap unit ini  membawa kepada pembentukan kerja yang sistematik di samping pelaksanaan tugas dengan baik yang telah diamanahkan. Strategi yang terdapat di Pusat Kokurikulum dapat membantu dalam mencapai matlamat Pusat Kokurikulum iaitu sekaligus mempergiatkan program aktiviti pendidikan luar di negeri-negeri lain. Malahan, setiap strategi yang dilakukan membawa kepada pelaksanaan matlamat Pusat Kokurikulum Negeri agar ianya selari dengan moto yang diaplikasikan di unit ini iaitu moto ‘Rela Dipimpin Untuk Memimpin’. Hal ini sekaligus dapat mendidik peserta yang terlibat dengan program kepimpinan yang dijalankan di unit ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Wednesday 15 February 2012

Majlis Perasmian Pusat Kokurikulum JPWP  Labuan

Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan telah ditubuhkan pada tahun 2010 iaitu setelah Pejabat Pendidikan Bahagian Labuan dinaiktaraf menjadi sebuah Jabatan Pelajaran Negeri. Keseluruhan kawasan Pusat Kokurikulum Negeri adalah seluas 17.27 ekar.
Tapak 4 ekar telah mula diusahakan dan dibangunkan seperti kemudahan tapak perkhemahan, surau, dewan terbuka, dwan makan, tandas, dataran kawat, bekalan air dan elektrik, bangunan pejabat, gelanggang paintball, rempuh halangan, stok kayak dan beberapa pembangunan lain yang akan dilaksanakan mengikut peruntukan 2011.

Pada 20 April 2009, Pusat Kokurikulum Negeri yang terletak di kampung Ganggarak telah beroperasi sepenuhnya. Sejak dari tarikh itu, semua aktiviti Pusat Kokurikulum dapt dijalankan dengan lebih baik dan berkesan. Kewujudannya juga telah memberi ruang kepada semua warga pendidikan serta agensi luar untuk sama-sama menggunakannya bagi tujuan aktiviti pendidikan luar.

Pada 25hb April 2010, MAJLIS PERASMIAN PUSAT KOKURIKULUM JPWP LABUAN telah  disempurnakan oleh Y.B. Kol (K) Datuk Hj Yussof Hj Mahal, ahli parlimen Labuan. Antara intipati dalam ucapan beliau, Y.B. Datuk mengharapkan Pusat Kokurikulum akan terus berfungsi membentuk jati diri, kekuatan fizikal, mental dan rohani ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang. Di kesempatan itu juga, beliau meminta semua sekolah menubuhkan dan menggerakkan alumni sekolah. Y.B.Datuk telah mengumumkan bantuan RM5000 utk penyelenggaraan Pusat Ko, RM2000 kepada setiap PIBG Sekolah Menengah, RM1000 kepada setiap Sekolah Rendah dan Sekolah Rendah Agama di Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut memeriahkan majlis, pegawai dan kakitangan JPWPL, pengetua-pengetua, guru besar dan peserta program Perkhemahan 1 Malaysia.



Wednesday 1 February 2012

Pembuka Bicara

secupak sama secupak, segantang sama segantang, daging sama dikunyah, tulang sama dikekah, lapang bergegar, sempit berhimpit, lebih beri memberi, kurang isi mengisi, makan seorang kenyang, makan seramai senang..
adat air membasuh, adat api menhangus, adat ketua memimpin, adat ketua memimpin, adat pekerja patuh...

petikan Ucapan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia



Gambar menunjukkan staf di Pusat Kokurikulum...

PUSKOWILA