Wednesday 4 April 2012

Pusat Kokurikulum Wilayah Persekutuan Labuan (PUSKOWILA)


Secara amnya, operasi Pusat Kokurikulum Negeri di Wilayah Persekutuan Labuan lebih memfokuskan kepada aktiviti pendidikan luar. Oleh itu, untuk memastikan setiap program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya, kerjasama berpasukan telah dibahagikan kepada lima unit utama iaitu kewangan, pentadbiran, pengurusan dan infrastruktur, logistik dan juga kejurulatihan. Proses aliran kerja setiap unit dapat dilihat melalui susun atur gerak kerja setiap kakitangan Pusat Kokurikulum Negeri bagi memastikan segala operasi unit ini berjalan dengan lancar dan menepati masa yang telah dijangkakan.
          Fungsi setiap unit juga amat jelas bagi melaksanakan tugasan yang telah menjadi amanah kepada kakitangan Pusat Kokurikulum Negeri. Fungsi setiap unit ini  membawa kepada pembentukan kerja yang sistematik di samping pelaksanaan tugas dengan baik yang telah diamanahkan. Strategi yang terdapat di Pusat Kokurikulum dapat membantu dalam mencapai matlamat Pusat Kokurikulum iaitu sekaligus mempergiatkan program aktiviti pendidikan luar di negeri-negeri lain. Malahan, setiap strategi yang dilakukan membawa kepada pelaksanaan matlamat Pusat Kokurikulum Negeri agar ianya selari dengan moto yang diaplikasikan di unit ini iaitu moto ‘Rela Dipimpin Untuk Memimpin’. Hal ini sekaligus dapat mendidik peserta yang terlibat dengan program kepimpinan yang dijalankan di unit ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.